Pertama sekali, saya, pelajar Kolej Poly-Tech MARA Ipoh ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua staf OrangeSoft yang telah mengajar dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh latihan industri dalam keadaan yang terbaik. Tambahan lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Encik Karven Tan selaku Director dan Puan Chan Boon Yee, selaku Project Manager kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri dan tanpa mereka latihan industri ini tidak akan terjadi.

 

Sepanjang enam bulan tempoh latihan industri ini, saya telah diberi ruang dan peluang yang berkaitan dengan tugasan dan komitmen yang tinggi dalam mengusahakan sesuatu projek di Orangesoft. Banyak inspirasi yang saya perolehi dan setiap masa saya mampu memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru. Ianya membantu dalam usaha saya mempraktikkan lagi kemahiran yang terpendam.

 

 Disebabkan itu, fokus saya lebih tertumpu kepada merekabentuk “website”. Saya telah diberikan pelbagai tugasan yang berkaitan dengan “web design” yang mana tidak semua orang boleh dapat ilmu ini. Saya bersyukur dengan pengalaman yang singkat namun telah menjadikan saya lebih banyak berdikari untuk meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bidang “web design”.

 

 Dari hari pertama latihan industry saya sehinggalah kini saya telah banyak mengikuti perkembangan dan bersama-sama berkongsi pengetahuan dan hubungan seperti  satu keluarga didalam Orangesoft. Saya amat kagum dengan setiap pencapaian Orangesoft dan staffnya baik di dalam dan di luar negara.

 

 Akhir kata, saya berterima kasih KEpada Orangesoft yang telah banyak mengajar saya dari segala aspek, saya BERharap dan berdoa Orangesoft akan terus berjaya.

Sekian.
Intern